Kami menyediakan tempahan cupcake untuk pelbagai acara seperti hantaran perkahwinan, goodies, jamuan hari jadi dan sebagainya. Juga tempahan lain-lain kek seperti red velvet, coklat moist dan sebagainya. Hubungi atau sms 0127083012
Di bawah ini disediakan galeri contoh-contoh design yang pernah dibuat atas permintaan pelanggan. Anda boleh jadikan ini sebagai guideline untuk tempahan anda. (Refresh semula jika galeri tidak kelihatan)
Permintaan yang sering diminati oleh pelanggan Syafa Cupcakes. Saban tahun, bila hadirnya musim-musim cuti sekolah, maka bermulalah majlis kenduri-kendara di sekitar Kuantan, malahan seluruh negara.
Biasanya tempahan untk hantaran perkahwinan akan diterima seawal dua atau tiag bulan sebelum tarikh majlis.
Kali ini saya ingin menyentuh sedikit sebanyak tentang design 3D dalam menghasilkan cupcake yang menarik dan cantik. Jika anda gemar untuk menggoogle, anda akan dapati banyak sekali design yang cantik-cantik yang dihasilkan oleh bakers cupcake, sama ada dalam negeri ataupun luar.
Saya di Syafa Cupcakes (Branding untuk Kuantan Cupcakes) sendiri ada menghasilkan pelbagai design cupcake berbentuk 3D. Saya akan kongsikan design-design berikut :
Design 3D family yang sedang bersantai di taman. Agak rumit tapi pastinya boleh dicuba.
Design 3D bear, sangat popular dan menjadi pilihan ramai. Untuk belajar design ini, anda boleh mengisi kolum sebelah kanan atas blog ini. Saya akan kongsikan tips-tips menarik dari semasa ke semasa.
Design bee soldier. Nampak mudah tapi agak rumit untuk membuatnya.
Yang ini tak banyak permintaan lagi, design itik, lagi sukar untuk membentuknya, perlu berhati-hati agak bentuk dibuat seakan-akan nampak seperti itik sebenar.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsikan berkenaan dengan design 3D untuk cupcake. Terutamanya dalam penghasilkan design-design berbentuk bunga (Anda boleh rujuk galeri foto di atas). Sesiapa yang berminat untuk mempelajari design-design ini, anda boleh subribe email saya dibawah ini.
Tempahan untuk design kartun sangat menggalakan. Macam-macam yang diminta oleh pelanggan kami, ada yang suruh lukis gambar Boboiboy, Upin Ipin, Spongebob, Angry Bird dan pelbagai lagi. Kali ini saya cuma nak highlight tentang design Spongebob sahaja.
Design ini agak mudah dilakukan berbanding dengan kartun-kartun yang lain. Kami paparkan dua keping gambar design untuk tatapan semua.
In sha Allah dim asa akan datang kami akan tunjukkan cara-cara bagaimana untuk melukis di atas cupcake dengan cara yang mudah.
Bengkel pengenalan ini telah diadakan di Surau Indera Sempurna. Terima kasih kepada semua pihak, baik peserta, pihak ajk surau dan semua sekali yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan aktiviti ini.
Kepada semua peserta, Mohon maaf dipinta dari pihak Syafa Cupcakes sekiranya terdapat banyak kekurangan dalam menjayakan program kali ini, harapan kami, semoga semua peserta beroleh sesuatu yang bermanfaat untuk digunakan buat diri sendiri dan juga disampaikan kepada yang lain-lain. kepada pembantu kami, Pn. Nur Fadhlina, Pn. Maizah dan Pn. Wan Nurul Kamisa terima kasih diucapkan.
In sha Allah sekiranya ada rezeki dan permintaan, bengkel yang lebih baik akan dijalankan nanti di masa akan datang.
Kepada yang berminat untuk menjadi agen kami, boleh hubungi kami atau pm sahaja ke fanpage ini.
Bersua kembali :). Untuk kali ini, Syafa akan berkongsikan koleksi design-design yang pernah dihasilkan untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan. Insha Allah semoga peminat-peminat cupcake yang ingin mendirikan umah tangga mendapat inspirasi daripada koleksi ini.
Koleksi ini merupakan permintaan dariapda customer Syafa sendiri. Untuk lain-lain corak dan deisgn terkini, boleh layari facebook Syafa Cupcakes atau hubungi Syafa ditalian 0176270809 atau emailkan di syafa_daisy@yahoo.com.