Cupcake 3D Design

Assalamualaikum wrb..

Kali ini saya ingin menyentuh sedikit sebanyak tentang design 3D dalam menghasilkan cupcake yang menarik dan cantik. Jika anda gemar untuk menggoogle, anda akan dapati banyak sekali design yang cantik-cantik yang dihasilkan oleh bakers cupcake, sama ada dalam negeri ataupun luar.

Saya di Syafa Cupcakes (Branding untuk Kuantan Cupcakes) sendiri ada menghasilkan pelbagai design cupcake berbentuk 3D. Saya akan kongsikan design-design berikut :


Design 3D family yang sedang bersantai di taman. Agak rumit tapi pastinya boleh dicuba.


Design 3D bear, sangat popular dan menjadi pilihan ramai. Untuk belajar design ini, anda boleh mengisi kolum sebelah kanan atas blog ini. Saya akan kongsikan tips-tips menarik dari semasa ke semasa.


Design bee soldier. Nampak mudah tapi agak rumit untuk membuatnya.


Yang ini tak banyak permintaan lagi, design itik, lagi sukar untuk membentuknya, perlu berhati-hati agak bentuk dibuat seakan-akan nampak seperti itik sebenar.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsikan berkenaan dengan design 3D untuk cupcake. Terutamanya dalam penghasilkan design-design berbentuk bunga (Anda boleh rujuk galeri foto di atas). Sesiapa yang berminat untuk mempelajari design-design ini, anda boleh subribe email saya  dibawah ini. 

* indicates required



Di samping itu, dalam masa terdekat ini, saya akan membuka peluang kepada yang berminat untuk mendaftar kelas kemahiran asas (hiasan di hujung jari anda) sedikit masa lagi. Untuk maklumat yang lebih pantas, adan boleh like fanpages kami iaitu Syafa Cupcakes 

In shaa Allah info yang lebih menarik akan dikongsikan pada masa akan datang, sesuatu yang menarik menanti anda. Salam sayang buat semua.

CONVERSATION