Tips-tips Mudah Membuat Cupcake Yang Sedap | Part 2


Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera, kali ini Syafa ingin berkongsi sedikit sebanyak tips-tips part 2 yang berkesan untuk menghasilkan kek yang sedap dan secukup rasa. Sebelum-sebelum ini saya telah kongsikan beberapa tips dalam part 1. Boleh rujuk link ini

#TIPS 004
Panaskan terlebih dahulu oven lebih kurang 10 hingga 15 minit sebelum digunakan. Ini bagi memastikan suhu menjadi sekata di dalam oven. Sesekali jangan memasukkan adunan sebelum dipanaskan terlebih dahulu oven itu, jangan buat kerja nak cepat sahaja. Membakar kek ini juga perlukan masa dan teknik yang teratur.

#TIPS 005
Tips ini perlu pengujian beberapa kali. apabila hendak meletakkan adunan kedalam cup, pastikan anda letak separuh sahaja dari ketinggian cup tersebut, ataupun bergantung kepada resipi yang anda gunakan. gunakan sebarang alatan yang bersesuian untuk meletakkan adunan kedalam cup. pastikan juga permukaan cup tidak comot dengan lebihan adunan.

Selepas adunan dimasukkan ke dalam cup, boleh diketuk-ketuk sedikit cup tersebut agar tiada ruang-ruang udara dalam cup nanti. Contoh rajah di bawah ini, cupcake yang telah siap dibakar cantik.


cyafa cupcakes




#TIPS 006
Tempoh pembakaran setiap cupcake adalah antara 16 hingga 20 minit, dengan suhu di antara 160 hingga 170 darjah celcius. Ini adalah standard biasa untuk sazi cupcake 2.5 oz ke bawah.


Setakat ini dahulu tips-tip mudah dari Syafa Cupcakes. In shaa Allah lain kali saya akan kongsikan lagi pelbagai tips yang lebih lagi untuk semua.

Salam sayang buat semua.

Lain-lain topik :
Tips Menghasilkan Cupcake Yang Sedap | Part 1
Cupcake Untuk Hantaran
Saiz Cup untuk Cupcake

CONVERSATION