Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini Syafa ingin berkongsi sedikit sebanyak tips-tips yang berkesan untuk menghasilkan kek yang sedap dan secukup rasa. Tips-tips ini telah syafa kongsikan di Facebook iaitu di fanpages Syafa Cupcakes
Sila like page Syafa Cupcakes untuk mendapatkan info dan tips terkini dengan pantas yang akan dikongsi dari semasa ke semasa.
#TIPS 001
Persediaan awal. Pastikan setiap bahan-bahan ramuan untuk membuat kek perlu berada dalam keadaan suhu bilik beberapa ketika sebelum memulakan pencampuran bahan-bahan ramuan tersebut. Ini disebabkan dalam keadaan suhu bilik, percampuran bahan-bahan ramuan lebih mudah dan dapat mengelakan daripada berlaku gumpalan atau berbutir-butir.
#TIPS 002
Perkara yang selalu diabaikan oleh kebanyakkan daripada pembuat kek ialah tentang kualiti bahan-bahan yang digunakan. Produk yang berkualiti dari segi rasa, texture dan bentuk, datangnya dari ramuan-ramuan yang terpilih dan berkualiti tinggi. Contoh mudah ialah pemilihan mentega. Mentega ada pelbagai bentuk dan rupa, maka anda harus tahu yang mana lebih baik untuk menghasilkan kualiti kek yang sedap dan comel :)
#TIPS 003
HALAL. Ya, selain daripada mementingkan kualiti bahan-bahan yang digunakan, satu lagi perkara yang perlu diambil kira ialah produk-produk tersebut mestilah halal. Pelbagai jenis bahan-bahan yang terdapat dipasaran dan kita seharusnya perlu membuat pilihan yang tepat supaya tidak bercampur dengan antara yang halal dan tidak. Haruslah ada sedikit usaha kerana tidak semua tempat menjual bahan-bahan membuat kek yang halal.
Jangan abaikan perkara ini terutamanya bagi peniaga kek, setiap hasil jualan anda adalah rezeki anda. Rezeki yang berkat datangnya dari perniagaan yang tulus, ikhlas dan menjaga adab-adabnya.
Banyak lagi tips-tips menarik yang akan dikongsikan, dari tips beginner sampailah tips advance. jadi jangan lupa untuk like fanpages Syafa Cupcakes untuk menjadi yang terawal mengetahui tips-tips terbaik dari Syafa Cupcakes.
Bagi yang berminat untuk membuat tempahan, boleh mengisi formsite di atas, atau emailkan ek syafa_daisy@yahoo.com, atau boleh private message di Facebook kami.
Sayang sayang buat semua.
CONVERSATION