Butterfly cupcakes

cupcakes-syafa-butterfly

cupcakes-syafa-butterfly-2

cupcakes-syafa-butterfly-3

Nisa membuat tempahan khas buat bonda tercinta, dia memintaku untuk membuat penghantaran ke rumanya di Indera Mahkota 15, buat masa ini Nisa masih lagi belajar jauh dari rumah keluarganya. Ada kisah disebalik tempahan Nisa ini, mulanya aku hampir-hampir tidak dapat menerima tempahan Nisa kerana perlu menghadiri kursus di Kuala Lumpur, Nisa sangat berharap aku membuat kek cawan untuknya dan berharap kursus di kuala Lumpur itu aku tidak dapat menghadirkan diri, Alhamdulillah akhirnya, rezeki memihak pada Nisa untuk memberikan kek cawan itu buat bondanya... seronok tak terhingga Nisa dibuatnya, katanya dia ingin membuat kejutan buat bonda tercinta. Aku membuat penghantaran kek cawan tersebut melalui adiknya mungkin Muzakkir... ok Nisa, kek anda selamat sampai ke destinasi !!

CONVERSATION