Anniversary Ina

cupcakes-syafa-love

cupcakes-syafa-love-2

cupcakes-syafa-love-3

Ina dari Kompleks Teruntum membuat tempahan sempena majlis ulang tahun perkahwinannya. Walaupun sedang berpantang di maran, tetapi masih ingin membuat kejutan buat suaminya di Kuantan. Pada mulanya Ina ingin mencari dekorasi sendiri khas untuk tempahannya, tetapi disebabkan 'coverage' Broadband di kawasan kampungnya tidak lancar beliau meminta aku yang mereka dekorasi tersebut asalkan berpandukan tema yang Ina ingin iaitu merah, hitam dan putih.

Ina juga membuat tempahan sekotak lagi khas untuk sahabat-sahabatnya yang bekerja di Kompleks Teruntum, katanya "akak buat lah corak yang 'colorful ataupun buat minie dan mickey la", tanpa memeningkan kepalaku, aku bersetuju memilih tema minie dan mickey mouse.


cupcakes-syafa-minie-mouse

cupcakes-syafa-minie-mouse-2

Aku membuat penghantaran kek ini di Kompleks Teruntum, sahabatnya Rohazida yang menyambut kedatanganku. Alhamdulillah kek yang ditempah selamat sampai ke destinasi yang diminta oleh Ina...buat Ina Selamat Berpantang ya!

CONVERSATION