Istimewa buat puteri Hanan anak sulung kepada Pn. Zatur Rawihah Kamaruzaman. Sudah genap 7 tahun umur puterinya, tidak sangka masa cepat berlalu. Dulu semasa Hanan masih belum bersekolah, pernah pada satu ketika aku kerap ke rumah mereka, melayan karenah Hanan dan Hasif, waktu itu mereka hanya dua beradik, tetapi kini sudah berempat..cepat sungguh mereka dapat adik yer...bagus untuk Hanan sebab boleh jadi kakak yang bertanggungjawab nanti tau!
Kek cawan ini lebih bertemakan 'Girly' ditempah oleh ibunya, pada mulanya Pn. Zaza meminta aku membuat Fairy Tales Theme, tetapi setelah beliau mencari idea untuk 'decoration' kek anaknya ini, terjumpa yang berkenan di hati..jadi berubah lah dari Fairy Tales Theme kepada Girl Theme, dan ini lah hasilnya.. Hanan, Selamat Hari Lahir! jadi anak yang baik tau!
CONVERSATION