Warna unggu lembut, adalah tema kek hantaran perkahwinan bagi pasngan Yani & Izam. Tempahan ini dibuat oleh ibu saudara mereka Pn. Fatimah Harun yang juga merupakan rakan sekerjaku di UIA, Kuantan. Jauh perjalan kek ini dari kuantan singgah ke melaka, dan akhirnya destinasai mereka adalah di selangor..
Begitu juga dengan kek hantaran seterusnya bertemakan merah jambu lembut, pilihan dari pengantin Tika & Alif. Kedua pasangan ini merupakan adik- beradik, dan mereka merialisasikan gerbang perkahwinan mereka pada hari yang sama, cuma hari pernikahan mereka sahaja yang berbeza. Syukur, kek yang ditempah selamat sampai kepada kedua pasangan mempelai. Kesungguhan ibu saudara mereka membawa kek tersebut dengan penuh kasih sayang, lagi pun Pn. Fatimah sedang sarat mengandung anak sulungnya.. tahniah buat kedua pasangan mempelai, dan terima kasih kepada Pn. Fatimah kerana sudi membeli hasil kerja tangan saya!
CONVERSATION