Berhati-hati Membeli Keperluan Barangan Kek

INFO BERGUNA..




Saya sudah terkena ! Mohon rakan-rakan berhati-hati apabila membeli apa-apa barang keperluan kek. Contoh seperti gambar di bawah ini. baru-baru ini saya ada membeli Gelatine 100 gram (nombor 2) dengan harga RM X disatu kedai barang kek (bukan di Kuantan), tetapi apabila ditimbang (di rumah) di dapati beratnya tak sampai 20 gram pun.

Apabila saya compare semula dengan Gelatine yangdibeli di satu kedai yang lain (nombor 1, dah expired sebab tu beli yang baru), ternyata jauh berbeza saiz botolnya..

Rakan-rakan perlu berhati-hati bukan hanya kerana ditipu, tetapi kalau main percaya bulat-bulat kuantiti pada label botol, mungkin akan terkesan pada adunan kek nanti.

Harap info ini dapat membantu rakan-rakan semua...

*mungkin pekerja kedai salah melabelkan kuantiti kot dalam kes saya ni :)

CONVERSATION