Carian Artikel Blog Ini

Loading...

Jan 30, 2013

Cupcake Sebagai Goodies/Doorgift, Boleh Ke?

Assalamualaikum wrb..

Antara pertanyaan yang kerap saya terima ialah, boleh tak cupcake dijadikan sebagai goodies atau cenderahati buat tetamu yang hadir di majlis-majlis seperti perkahwinan, pertunangan atau cukur jambul dan lain-lain majlis yang bersesuaian.

Ramai yang bertanya :

Akak, cupcake sesuai tak kalau untuk buat goodies?
Akak, cupcake untuk goodies selalunya macamnana ye?
Butercream sesuai tak untuk buat doorgift, atau fondant?
Kalau letak dalam bekas satu-satu boleh tak akak?
Kalau tempahan banyak untuk goodies, boleh tak dapat diskaun? :)

Jawapan saya ialah sudah tentu boleh. Sama ada cupcake dengan decoration menggunakan buttercream atau fondant, kedua-duanya boleh untuk dijadikan sebagai goodies atau doorgift.

Menjadikan cupcake sebagai goodies adalah sangat sesuai dan bertepatan. Selain rasa cupcake yang lain daripada muffin biasa, cupcake boleh dicorakkan (decoration) yang bersesuaian dengan tema sesuatu majlis.  Anda boleh memilih untuk corak bunga seperti bunga ros sebagai contoh, atau decoration biasa (swirl) tetapi dengan warna yang mengikut tema.

Contohnya,   Saya upload di sini beberapa contoh design cupcake :


Gambar ini adalah contoh design menggunakan fondant untuk goodies. Bekas-bekas tersebut disediakan sendiri empunya majlis, cupcake akan dimuatkan kedalam bekas yang disediakan. Atau boleh juga kita letakkan cupcake di dalam bekas dome shape seperti gambar di bawah ini. Design ini menggunakan buttercream sebagai hiasan. 


Selalunya tempahan goodies adalah dalam kuantiti yang banyak, inshaa Allah ada diskuan akan diberikan :), bergantung kepada design yang diinginkan.

Untuk lihat lebih banyak design-design cupcake yang telah dihasilkan, boleh lawati facebook saya Syafa Cupcakes


No comments:

Related Post

Cupcakes Order