Best Chocolate Moist Cupcake

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung Syafa Cupcakes. Terima kasih kepada semua yang menyokong Syafa Cupcake selama ini. Diam tak diam sudah lebih 4 tahun Syafa Cupcakes bertapak dalam bisnes ini. Jutaan terima kasih sekali lagi buat semua.

Masuk fasa terakhir tahun 2012 ini, tempahan untuk cupcake semakin rancak dan mengujakan. Ramai peminat diluar sana ingin membuat tempahan disaat-saat cuti sekolah ini, biasa lah masa inilah banyaknya majlis-majlis berlangsung seperti majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.

Kami di Syafa Cupcakes ingin memohon maaf kepada peminat-peminat cupcake yang tidak dapat membuat tempahan dengan kami. Demi menjaga kualiti produk kami, buat masa ini kami tidak dapat menerima tempahan yang terlalu banyak. InsyaAllah perancangan untuk menambah produktiviti sedang dipertingkatkan agar lebih ramai lagi yang dapat menikmati kenikmatan homemade cupcake dari Syafa Cupcakes.

Kepada yang telah menempah terima kasih diucapkan, kepada yang telah menikmati cupcake kami, kongsikan keenakkan rasanya, dan kepada yang belum membuat tempahan, cepat-cepat order dan rasai sendiri kesedapannya :)

Untuk melihat design-design yang telah dihasilkan oleh Syafa Cupcakes, boleh layari/ like facebook kami Syafa Cupcakes

Akhir kata, kami sekali lagi mengucapkan terima kasih, kerana anda kami di sini, insyaAllah pentingkan yang halal kerana mencari yang halal itu wajib. Rasai coklat moist kek dari Syafa Cupcake yang sedap lagi comel. :)



CONVERSATION