rose

roses

roses1

ini lah hasil cupcakes setelah seharian bertungkus lumus, aku dan adik iparku..berusaha untuk menyiapkan cupcakes tempahan suzie darri pantai sepat. Jam menunujukkan 12 tgh malam pada waktu itu... memang sangat letih, siang hari aku bekerja, petang pula aku bermain kayak... malam aku berusaha membakar cupcakes itu.. aku cakap pada haja adik ipar ku..supaya masuk tidur dahaulu biar aku sahaja yang slesaikan selbih kek yang perlu dibakar. suamiku sudah terlena dibuai mimpi di ruang tamu, tatkala aku masih lagi bermain dengan bancuhan kek... akhirnya jam 3 pagi baru aku siap membakar 300 biji kek tersebut....LEGA! baru la aku mengejutkan suamiku supaya tidur dibilik.

Keesokannya, aku dan hajar menyiapkan decoration untuk icing pula... agak lewat jg kami siapkan decoration tersebut, 11 pagi baru acara menyerang kek bermula... akhirnya 300 biji cupcakes untuk suzie siap juga.. Tahniah suzie di atas majlis perkahwinan yg dilangsungkan pada 14 feb 2010..

CONVERSATION