Kek Baldu Merah

Tahukah anda semua, sebuah negara yang terletak di utara Amerika Syarikat, iaitu Kanada sangat terkenal dengan air terjun Niagara. Air terjun ini terdiri daripada gabungan 3 air terjun yang terletak di sempadan antarabangsa di antara Antario dan New York, Amerika Syarikat. ketinggian air terjun ini dianggarkan 165 kaki atau 50 meter. Cuba lihat gambar ini, menarik bukan?


Air Terjun Niagara, sungguh indah ciptaannya

Namum begitu, disebalik keunikan semulajadi ciptaan Allah S.W.T ini, ada satu lagi fakta yang menarik berkaitan dengan negara Kanada ini ialah tentang keunikan kek Baldu Merah. Atau lebih dikenali dengan nama Red Velvet.

Ceritanya begini..

Dulu-dulu, masa tahun 1940-1950an, kek baldu merah ini special dan menjadi igauan ramai di restoran dan kedai bakeri di satu jabatan yang dinamakan Eaton Co. Ltd. Memang setiap hari orang datang nak beli. Tak berhenti-henti.

Bahagian dalam Red velvet : Gambar di ambil dari google image

Akhirnya, resipi kek baldu merah ini dinaikkan pangkat supaya menjadi resipi kek yang paling eksklusif di kedai-kedai kek dan restoran-restoren.

Bila dah ekskusif, ramai lah yang nak tiru kan? Last-last, kek ini jadi popular sampai ke Amerika dan negara-negara Eropah.

Red Velvet Buatan Syafa Cupcakes

Populariti kek ini semakin melonjak pada tahun 1989, di mana filem Steel Magnolias telah memasukkan babak kek pengantin baldu merah yang dibuat dalam bentuk armadillo.

Kini, Red velvet ini menjadi semakin popular, di mana di mana saja, bukan lagi makanan eksklusif bagi setengah-setengah masyarakat sahaja, tapi siapa saja boleh menikmatinya, di mana jua, bila-bila masa.
Kami di Kuantan Cupcakes mengambil inisiatif menerbitkan produk red velvet ke dalam bentuk yang lebih mudah di makan dan di simpan. Selain daripada itu, dalam bentuk cupcake pun ada juga! amacam suka tak?

Red Velvet dalam bentuk mudah di makan dan di simpan


Kini, Red Velvet juga boleh didapati dalam bentuk cupcake

Yang berminat boleh menghubungi kami untuk menempahnya. call/sms 0176270809 atau terus ke facebook kami https://www.facebook.com/SyafaCupcakes

Cukup setakat ini dahulu, ops sebelum terlupa, ada sesiapa tak nak kami kongsikan resepi red velvet kami yang sedap dan lazat tak?

Jumpa lagi, wassalam.

Jom subcribe email kami untuk dapatkan tips-tips yang menarik terus ke email anda

* indicates required

CONVERSATION