Sekumpulan Askar Lebah memang sesuai diberi nama itu, kek ini ditempah oleh sahabat karib @ sahabat sejati @ sahabat dunia akhiratku, Anirawati Mohd Sahir. Sungguh lama kami bersahabat sejak dari diploma hingga sekarang kami bekerja di tempat yang sama. Persahabatan kami sangat kuat hinggakan orang-orang di tempat kami bekerja keliru yang mana satu aku dan ira, walaupun rupa kami berbeza, tetapi sebab selalu bersama sampai mereka keliru. Kelakar juga rasanya.
Berbalik pada cerita disebalik kek ini, Ira menempah kek ini sempena hari lahir suaminya, kalau ikutkan untuk suami tentu hiasannya bukan seperti ini, tetapi disamping meraikan hari lahir suaminya, Ira teringatkan anak-anaknya, sebab itulah kek ini bertemakan keanak-anakan. Ketika kek ini diterima olehnya pada jam 8.00 pagi, dia sedang sarat untuk melahirkan anaknya yang ke-3. Alhamdulillah jam 1055 Ira telah melahirkan anak lelakinya Anas Darwish, katanya sempat juga dia 'ngap' 1 biji kek ini. Jadi secara tidak langsung kek ini turut meraikan kelahiran Anas Darwish bersama papanya. ok, Ira selamat berehat 3 bulan ini..!!
CONVERSATION