Hantaran perkahwinan Juju & June

syafa-cupcakes-wedding-juju

syafa-cupcakes-wedding-juju-2

syafa-cupcakes-wedding-juju-3

Cupcakes yang bertemakan warna merah jambu ini ditempah untuk hantaran majlis perkahwinan pelangganku iaitu Juju dan June. Beliau menempah cupcakes ini melalui facebook syafa cupcakes, tetapi bagi untuk mendapatkan kepastian yang lebih jelas, juju telah menghubungiku melalui telefon. Pertama kali panggilan darinya aku merasakan seoalah-olah kami sudah kenal lama..mungkin kerana keramahan juju dan aku pula suka melayan pelanggan sepertinya.

Ada beberapa kolaksi gambar yang diemailkan kepadaku untuk aku membuat dekorasi ke atas keknya, kata juju rakan baiknya yang banyak membantunya untuk mengemailkan kepada ku. Dia terlalu sibuk dengan kerjayanya, maklumlah jururawat di salah sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur. Panggilan kedua darinya, dia memberitahuku tema perkahwinannya adala merah jambu..akhirnya juju memutuskan untuk menempah Buttercream cupcakes untuk kedua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.

Beberapa hari selepas panggilan dari Juju, ketka itu aku berada di butik pengantin Andaman Kasturi Cinta.. datang seorang wanita yang seakan-akan chinese look, mulanya ku sangkakan wanita itu ingin membuat promosi tentang produknya, sangkaanku meleset.. tatkala suamiku ingin bertanyakan namanya..ketika itulah dia yakin bahawa Juju adalah pelanggan cupcakes ku.. aku terus meluru ke arah juju kerana tidak menyangka pelangganku yang ramah ini berada di depan mataku. Aku dan juju seolah-olah sudah lama mengenali antara satu sama lain, katanya "Macam tak percaya jer jumpa safa kat sini, happy sangat" katanya. Aku hanya tersenyum apabila mendengar ucapannya itu. Dari pertemuan itulah aku dan suami dijemput oleh Juju untuk menghadiri majlis perkahwinannya pada 25 Sept 2010 yang lalu di Bukit Setongkol.

Walaupun kami masih baru mengenali antara satu sama lain, tetapi..daripada apa yang dibincangkan mengenai perkahwinannya, aku dapat mengagak dekorasi yang sesuai untuk cupcakesnya.. Alhamdulillah Juju berpuas hati dengan hasil kerja tangan keras ku ini..

Tahniah ye kak Juju dan abg June..semoga kalian berbahagia dunia & akhirat..Terima kasih kerana membuat tempahan dengan syafa cupcakes..daaaa

CONVERSATION